Monday, October 13, 2014

mummy to be!

Alhamdulillah now im a mummy to be!

skrng dah nak masuk minggu ke 35..sikit je lagi nk pop out!
budak ni ddk dlm perut dah mcm sempit sgt dah ni  ruangnya..
habis dia menggeliat sini sana.
aku yang tersiksa kene g tandas selalu sbb nk terkenc je..tp xpe..bahagia..kihkih

org tgk perut aku je dah tahu baby boy..
mmng betul pun baby boy..
scan hari tu pun mmng confirm baby boy insyaAllah..
budak ni shame2 tak malu showing off kat doctor..hehe

i always wanted baby boy as my first child..so that he can help me to take care of his sisters for me
and masa tak tahu jantina dlu lagi dulu pun, instinct aku kuat mengatakan dlm perut aku ni adalah baby boy..

weird right?

mummy's instinct..

so xperlulah korg menipu ibu korg..sbb sebenarnya ibu korg boleh tahu yg korg tipu dia.

dia boleh bg tahu jantina korg walaupun doctors tak dapat scan lagi jantina korg..


ketahuilah wahai anak anak sekalian..
masa ibu awak mengandungkan awak dulu, setiap kali solat,
setiap kali dia teringtkan awak yg dalam perut,
dia pastikan akan doakan yg terbaik utk awak

'yaAllah, jadikan lah anak yg didalam kandungan ku ini, anak yg soleh/solehah, anak yg sempurna sifat, anak yang mendengar kata, anak yg cantik akhlaknya, anak yg rajin menghafal quran dan sunnah dan beramal dengannya, anak yang berjaya di dunia dan akhirat, anak yg sentiasa dilimpahi dengan rezeki' dan semua yang2 baik yg terlintas dibenak hati ibu mu.

so bg mana anak2 yg berjaya dalam hidup, itu mungkin hasil berkat doa ibu korg masa korg dlm perut lg

bg anak2 yg rasa dirinya telah hanyut dengan dunia, ketahuilah, tak ada pun ibu yg minta benda yg tak baik utk awak buat


terima kasih mama..now only i know how to appreciate you :(


Friday, January 24, 2014

maxi dress murah

Dina maxi dress..warnanya sgt sweety pie!

Rm52 sahaja!
pos RM8 ke Semenanjung dan RM10 ke Sabah Sarawak..
(mahal sikit sbb bajunya beraaat)

kain chiffon dan full lining..so tak pyh dah nk pakai inner serabut serabut ye dokk..
Measurement:
 Length: 142cm 
Bust: 96cm 
Shoulder: 35cm 
Sleeve: 60cm 
Hem: 200cm 
SleeveHole: 20cm 

selamat shopping!

Dina 1
Dina 2


Dina 3
Dina 4


Dina 5
Dina 6

Wednesday, January 22, 2014

Tudung Bawal Paisley Bidang 60

Assalamualaikum!

Tudung Bawal Paisley bidang 60..
cantik gilaaaa!

Material: 100% Polyester
Brand: Akel
labuh dan menutup dada. very the muslimah you know..hehe

Harga Retail: RM29 each
(add post RM6 utk Semenanjung, RM9 utk Sabah Sarawak)

Harga Borong (6 pieces): RM23 each
(add post RM8 utk Semenanjung, RM11 utk Sabah Sarawak)

Harga Borong (1kodi-20 pieces): RM19 each
(add post RM10 utk Semenanjung, RM13 utk Sabah Sarawak)

to order, whatsapp/sms: 011-11835678
or email: aprilloveent@yahoo.com.my




 Tudung Paisley 1
Tudung Paisley 20 

Tudung Paisley 2
Tudung Paisley 3
Tudung Paisley 4 


Tudung Paisley 5
Tudung Paisley 6
Tudung Paisley 7 


Tudung Paisley8
Tudung Paisley9
Tudung Paisley 10 


Tudung Paisley11
Tudung Paisley12
Tudung Paisley 13


Tudung Paisley14
Tudung Paisley15
Tudung Paisley 16


Tudung Paisley17
Tudung Paisley18
Tudung Paisley 19

Tuesday, November 26, 2013

yang aku paling nak recommend utk sesiapa yg nak kurus/rasa kurus

Bismillahirahmanirrahim,

salam warahmatullah!

'aaah fluffy (read: gemuk) nya rasa'
'aku ni dah lah fluffy'
'oh no, perut bunciiiitt'

antara status org yg memerlukan pertolongan! its a cry for help!

----------------------------------------------
skrng semua org boleh jadi fit.
and semua org pun mmng nak jadi fit
sampai bila nak jadi fluffy ha!
diri sendiri pun tak suka jadi fluffy.

aku ni tak ada lah nak percaya sgt ubat2 kurus ni segala bagai.
tp aku tertarik dengan satu supplement dari Shaklee ni. 
since ibu mertua ku pengguna setia shaklee,
aku agak amazed bila mengetahui ada rupanya 'ubat kurus' yg bebetul menguruskan org!

ibu mertua ku hanya makan Lecithin sebijik sehari
ni lecithin. kalau berminat boleh contact 011-11835678
aku boleh bagi harga member. baru RM42 sebotol. boleh guna sampai 3 bulan..memang berbaloi!

testimoni dari ibu mertua ku sendiri,
beliau menjadikan makan Lecithin sbgi satu amalan selama sebulan,
dan beliau sendiri akui yang badannya mengecut dari sebelum ni.!
wallahi, kuasa Allah!
di berinya ilmu kepada hambanya utk dimanfaatkan pada org lain..


nak lagi best dan lagi cepat kurus,
boleh lah amalkan minum ESP ni..
ESP ni mengenyangkan perut so kita tak yah lah makan je koje!
harga member hanya dari aku rm121. tahan 2-3 bulan ikut kadar penggunaan

ayuh mengecil bersama!

salam!

Thursday, November 21, 2013

aku ni sebenarnya tgh try shaklee ni..org pungpangpungpang kata bagus..yang aku ni terpengaruh lah jugak..ahaks..

skrng ni aku tgh try set utk kulit..aku makan ESP, Vitamin B complex, Vitamin E, dan Vita Lea. ni baru genap seminggu aku ambik product ni..mari kita tgk kemana pergi dia..so far walaupun baru seminggu, aku rasa macam okay je..mcm ada tindak balas je..hehe

satu set ni hargenya rm350..tapi tahan 4 bulan.so sebulan is less than rm100 je..berbaloi..

so, lets wait and seeee...

Wednesday, November 20, 2013

"Hold A Door" campaign

Salam alaikum wrt dan selamat pagi!

pagi tadi saya dapat forwarded email dari suami saya..saya agak tertarik dengan awareness yg ini!

credit to DnD PP(T)SB
 
Hold A Door atau dalam bhsa melayunya 'Tahan Pintu Untuk Orang Lain' ni bagi aku merupakan satu awareness yang memang patut diterap dalam masyarakat Malaysia. cewah kau. cakap mcm speaker agung.!
tapi betul lah, walaupun bnde ni nampak remeh, tapi akan bagi a big impact kepada semua org.!

saya faham gak stgh laki tu xnak tahankan pintu utk prmpn sbb nnt tkt prmpn tu perasan yg laki tu syok kat dia pulak.

yang perempuan pun sama jugak, pergi perasan yg laki tu syok kat dia! cehporah..!

lets just throw away that mind set!

org yg buka pintu tu, sebelum dia nk tutup pintu tu balik, apa kata dia tgk ada ke tak org nak guna pintu tu jugak..kalau ada, tlng lah tahan kan kejap. lagi2 kalau org lain tu tgn nya penuh dengan barang. untung2 org yg kau tahan kan pintu tu ada anak dara/anak teruna cantik/ganteng.. perghhh..

kalau saya lah kan, kalau ada org yg tahankan pintu utk saya, tak kira lah pintu apa pun, pintu office ke..pintu kedai ke..pintu lif ke, bagi saya org tu baik gilaaaak!

dan kepada org yg dibukakan pintu tu pula, jgn lupa ckp terima kasih dan senyum lah sikit..

you know,we can just be nice to everyone! Malaysia will be a better place insyaAllah!

5minit

hanya 5 minit masa diambil utk update blog.
dlm 5 minit kite boleh luahkan segala,
hanya 5 minit org boleh describe kite mcm mn drpd penulisan kite yg 5 minit tu
basically, this 5 minutes is what u are.


jengjengjeng..tak faham pun apa yg aku cuba sampaikan ni. argh!


trip to japan!

assalamualaikum wrt!

straight to the point je lah ye.
aku dan suami aku g jepun 4-14 October 2013 lepas.
(dah basi kan? i know...tapi xpe lah..nk tulis gak sbgi kenang kenangan.. ahaks)
org baru kahwin..honeymoon letuw
hehe.

pengalaman yg sangat menarik i have to say!
sangat bertamadun org dorg!
just imagine, org dorg (org yg jalan kaki) wont cross the road selagi lampu isyarat tak tukar hijau walaupun xde kereta pun lalu time tu! huyoo..nagis kteorg tgk..termalu pun ada jugak sbb kteorg ni main lintas je jalan kalau xde kreta..ahaks.

negara dorg sgt bersih jugak though it is hard to find bin around the area. hua nangis jugak..negara dorg sgt friendly tourist. pamphlet merata-rata and org dorg sgt friendly and berkobar-kobar nk tolong if kita tnya pape.

dan dan, public toilet dorg juga turut di lengkapi dengat bidet! yg air keluar kot bawah tu tapi controllable tu.. huaa nagis lagi! (tapi ada je tempat toilet xde air..choi)

so, kteorg spent 10 days kat Jepun
day 1-3: kat Tokyo
day 4-6: kat Osaka
day 7-8: kat Kyoto
day 9-10: kat Tokyo balik

Tokyo ni mcm bandar. eh bukan macam..tapi memang bandar. lulz. tapi banyak high rise building lah. aku suggest lah, kalau korg betul nak g jepun, better g osaka dan kyoto extra days sikit..kat tokyo tu 2 hari pun cukup lah..sbb mcm xde pape sgt. osaka dan kyoto ni pulak mmng bnyk gils tmpt cam best! bnyk temple2..
ye lah, kalau nak tgk high rise building je, kat m'sia pun banyak an..teehee

xpe lah, aku cite je lah apa yg ada kat setiap tempat ni ye

TOKYO
tokyo ni ada lah ibu negeri jepun. so faham2 je lah kemajuan dorg camne kan. antara tempat yang kteorg g kat Tokyo ni ada lah Shinjuku, Shibuya, Odaiba, Ueno park, Disneysea.
ni gambar ni dekat shinjuku. orang ramai gila kat sini!. sekali melintas jalan, berpusu-pusu org! wajib lawat! org dorg ni prefer jalan kaki/naik beskal. and boleh nmpk lah ramai lelaki yang pakai baju kerja siap pakai blazer berjalan-jalan. 

gambar atas ni pula dekat yodobashi yanf terletak di Akihabara.
yodobashi ni ada banyak outlet dia. kat osaka pun ada.
yodobashi ni memang sorgaa utk gamers, photographer, anime lover, dan semua bnde electrical boleh beli sini. besar gils tempat ni! suami sy suka gila!


ni pulak dekat Shibuya, shibuya ni pulak ada tugu anjing paling femes kat jepun tu. nama anjing tu hachiko. hachiko ni sgt loyal dgn tuan dia, sampai tuan dia dah mati pun hachiko still lagi tunggu tuan dia balik..huaa cryyyy.. tapi shibuya pun sibuk gini lah. oh ya, shibuya ni dekat2 dengan harajuku. tmpt dimana anda akan dpt tgk org dress up pepelik..ptng2 sikit, ramai lah tu keluar..

kami jugak g tokyo tower and tokyo sky tree..tapi gambar xde sbb time tu memory card camera rosakkkk sobs.

dan odaiba pun tmpt wajib lawat kat Tokyo ni. sbb kat sini lah ada gundam besar gabak tu! (alamak gambar nnt upload ek..hee) and and, kat sini jugak ada Joypolis! joypolis ni mcm arcade lah..tapi jauh lagi best..suami saya paling suka g joypolis ni..lagi best dr disneysea baginya!

OSAKA
osaka  ni best sbb kita boleh beli two days unlimited pass dia. harga dia 2,700 yen shja tapi kita boleh naik tren secara percuma utk dua hari kemana-mana sahaja! plus, dia siap bagi kupon utk melawat more than 20 places! kami pun sempat lawat dlm 7 trmpat je..eh ke kurang?


 ni ferris wheel yg ada kat osaka. kami sempat lah naik dua-dua.. padahalnya nak naik satu je..tapi ada masa lapang pulak hehe. best lah sbb boleh tgk view bandar osaka ni


mcm yang dah mention tadi lah. jepun ni banyak temple. ni antara temple yang kteorg pergi.
bukan sbb apa pun, sbb bangunan dia sgt melambangkan jepun. rugi lah kalau tak bergambar kan!



ni best, ktoerg g ke museum of house and living. boleh sewa yukata/kimono! awhhh! 

ni yg paling best pasal jepun, swiss roll dia omaigadddddd heaven!!!
boleh ngigau kalau teringt balik bnde ni...sedapnya yaAllah!
tapi tahan sehari je..lulz. and cream puff dia pun heaven!!

Osaka ni actually banyak gilak tmpt best2! tapi aku ni, biasa lah, malas pulak nak carik balik nama tmpt2 tu..hee...


KYOTO
ini memang tempat wajib lawat. ni serius.
mohon lawat extra hari kat sini
trains kat sini tak berapa nak maju. so nak kemana semua kene naik bas. but bas dorg sgt efficient.
kat sini kteorg pergi Ginkakuji temple, Kinkakuji Temple, Arashiyama, bamboo groove dan fushimi inari shrine


haa ni yg atas Kinkakuji (golden) yang bawah Ginkakuji (Silver)
yang gold tu lawo yg ametttt! mata aku tgk pun dah bling bling ching!
ni kalau kat m'sia ada ni, mahu dah kene rompak ni bangunan ni.
lagi satu temple dorg ni, mesti akan dikelilingi dengan garden yg cantik!
pokok sakura like everywhereeeee! kalau datang masa time bunga dia tu sure lawa! 

ni dekat depan pintu Alamanda Putrajaya.....
no lah just kidding! 
Ni lah bamboo groove tu yg terletak di Arashiyama.
serius lawa gila tempat ni
Arashiyama ni ada mcm2 tmpt best boleh lawat!


Ni fushimi inari shrine..sini yang outstanding nya sbb ada tiang2 merah ni!
serius lawar gilak! tmpt ni besar gila, tapi kami tak mampu nak jalan jauh2 sbb kene heret beg beso dah time ni..lagi pun nk kene sesiap utk balik ke Tokyo.
tapi meme rugi lah siapa g Jepun tak pergi sini!


dah, aku ni dah malas nk naip. biasalah aku ni..mula2 je hangat2 tahi ciken.
tapi aku harap sangat rakyat m'sia ni ramai2 dapat g Jepun. tgk mcm mn org dorg..bukan nk ckp apa lah..tp org dorg sgt civilized..!

sampai sini saja ye..salam.......
bye nk tidoq! 







Friday, November 15, 2013

baju canggih murah!

sebenarnya, sekarang saya buat business baju sekolah canggih jugak..yelah, suri rumah masa kini kan..
berniaga lah, apa lagi..

hehe
hambik kau logo canggih tetengah.
kalau beli baju sekolah, saya akan bg discount..tmpt lain susah lah nak bg discount. saya kira senang je, setiap baju aku bg RM1.90 kurg dari harga retail. lets say rm2 lah discount..kalau beli 5 helai baju dah RM 10 dah jimat! tak ke gitu? huntong!


kalau cuolls nak beli, boleh lah dtng ke kedai. alamatnya:
lot1-25, Anggerik Mall, Seksyen 14, 40000, Shah Alam, Selangor.

  saya jugak menyediakan khidmat post ke seluruh Malaysia!
curlass tak? ahaks.


boleh Contact:
Aznizah-011-11835678
Fatirah-017-6560515

kahwin.

salam alaykum wrt!

mmng berjanggut sekali baru post..
last post sebelum ni, tak kahwin pun lagi..
tetiba skrng ni ak dah kahwin. lol!

mmng cepat masa berlalu.
aku kenal suami aku ni pun kejap sgt.
jumpa pun kalau time kelas je..kelas tu pn dua bulan sekali..
jumpa pun sekadar sua muka, tegur sesikit..
msg2 pun jarang2..
mmng tak bercinta langsung lah senang cite.

sekarang dah 2 bulan kahwin...
suami aku ni sgt gentle..hiks.
mn tak, baru berkenan terus jumpa parent...hehehehe
mampu?
mak aku cukup berkenan!

memang betul lah org kata, bercinta lepas kahwin ni lebiiiiih indah.
hehehehehe
mana tak, masing2 tak tahu lagi psl masing2..
tp aku sgt syukur Allah bg aku pinjam seorg suami yg elok akhlak dan agamanya.
jadi imam, hafal a lot of surahs in the quran.
sgt jujur walaupun dgn duit sen2 je..

and Allah maha mengetahui,
Allah jodohkan saya dengan seorg lelaki yg sekufu dgn saya.
we both love to go to kelas agama, and we both have the same ideology.
hehe!

nasihat untuk perempuan yang belum kahwin:-
1. jgn risau tentang jodoh. buat apa nk risau kan bnde yg Allah dah tetapkan!
2. mana yg dah ada calon, tlng kahwin cpt. jgn risau psl duit. ni serius. hantaran aku rm6,000 je. tp tak terasa pun bebanan buat majlis kahwin tu. serius! remember, rezeki tu dr Allah. bukan dr manusia!
3. kahwin sbb anda mmng nak kahwin bukan sbb sedih ramai kawan lain dah kahwin!
4. alasan 'rasa mcm tak ready lagi' tak valid!

nasihat utk lelaki yg belun kahwin:-
1. jgn risau tentang jodoh. buat apa nk risau kan bnde yg Allah dah tetapkan!
2. start kumpul duit dr sekarang. jimat duit gaji.anda mampu lakukannya! xnk kumpul duit, x dpt kahwin.!
yg tak nak kumpul duit lagi tu xyah gatal lah nk ada awek lagi yg kononnya nk buat bakal bini. ada awek lg lah susah nk nyimpan duit..
3. kau kalau nk tunggu kau bebetul ready baru nak kahwin, sampai kau 40 tahun lah baru kau boleh kahwin!
true story bro.
4. start hafal surah2 pendek..malu lah kalau kau stakat al-fatihah dan 4 kul je. mohon terasa..hakhak

akhir kata, semoga Allah kurniakan anda semua jodoh yang terbaik dan yang menyenangkan hati anda.
insyaAllah! amin!

Sunday, September 23, 2012

perasaan ini,
saat mensyukuri segala pemberian ilahi,
hati tenang kembali,
banyak khilaf ku pada mu ya rabbi!
tetapi masih jua aku Kau kasihi,
ya pemilik jasad ku ini,
ya pemberi petunjuk kepada sesiapa dihendaki,
tiada daya raga ku ini,
lemahnya jari jemari,
gusarnya dihati,
sering memikirkan apakah nasib ku di akhirat Mu nanti?

Monday, September 10, 2012

Assalamualaikum wbt..

skarang aku adalah wanita yang berkerjaya.
what. up! (gaya barney HIMYM)

i've been employed by the first company i went for interview.
and the company is located in UOA tower of Jalan Pinang, next to KLCC.
jauh bro dr rumah. tp demi rejeki yg halal, ku turut kan jua.

aku dah janji dgn Allah, kalau aku dapat lah kerja kt mana2, bermaknanya, mmng future aku kat cmpny tu and aku akan ketemu sama jodoh ku di tempat tu jua..

for the first week im working, 
i must say, this is the most amazing experience i've ever had.
(thank you Allah! You're so sweet!)
the environment is good.
the boss is really kind.
and i really comfortable working with them.
aku boleh bg idea tnpa perlu rasa segan silu.
the feeling is just as same as working with my previous team mates.!
(atiq, lems, shukor, haziq, sarol, i miss u guys..a lot!)

tp bila soal jodoh, how on earth aku nak carik lelaki idaman di tgh2 kotaraya Kuala Lumpur ini!
dlm office ni mmng cina je ada lah, yg melayu, perempuan je..
but i have faith in Allah.
hehe

the first day working, my dad is being so caring..kiki..
he sent me a text msg saying
'zida kerja baik2 tau..apa2 hal bgtau dad cepat'
lulz..

k till then,
salam.

Friday, August 24, 2012

Tudung bawal batu Swarovski


Assalamualaikum wbt..
Kali ni bukannya nak ber blogging, tapi mau jual barang. Hehe.
Adik aku kata jual kat blog lagi org percaya sikit. Sambil tu promote lah blog kat mudah.my ke.
Ni 1st time nak jual online. Selalunya jual direct kt kedai je. Time puasa dulu jual kat pkns, skarang ni dah xde tapak niaga, kene lah carik alternative lain utk menjual stok tetudung ni. 

Okay.


This is what Tudung bawal batu Swarovski is. Cantik kan?
Sgt sesuai digunakan utk formal dan casual. Utk bertunang pun cantik. Serious.
Tudung bawal dah kembali jadi trend. Sangat ayu di pakai oleh setiap peringkat umur….

bunga2 dia ada kat atas kepala and kat bawah tudung. kecuali item no 1 ni..atas kepala je.. bunga dia pun simple je, sesuai utk org yg suka simple. 



item no: 1
color code: white

item no: 2
color code: Dark Purple



item no: 3
color code: sienna


item no: 4
color code: Dark Olive Green


item no: 5
color code: Dark Brown


item no: 6
color code: gray


item no: 7
color code: Dark Magenta


item no: 8
color code: Dark Cyan


item no: 9
color code: Rosy Brown


item no: 10
color code: lemon Chiffon


item no: 11
color code: Golden Rod + yellow (serious lawaaa!)

Disebabkan pengcahayaan yang tak bagus, so warna tudung ada yg slightly different. Tapi you can always refer to this color code im using to know exactly the colour of the tudung is.



material dia adalah bawal kualiti dari Jepun.. mudah di bentuk, senang dipakai....

So if berminat, boleh PM me at  http://www.facebook.com/aznizah.azizul  or email me at aznizahazizul@gmail.com harga dijamin lebih rendah dari harga pasaran! tiada paksaan dlm membeli. Hehe.  tapi lagi bnyk beli, lagi special price saya bagi! Cepat stok xbnyk nih! Xtipu!
 or if korg stay around Shah Alam, nk dtng beli direct pun boleh!


p/s: Org kata kene letak watermark supaya org laen tokleh curik gambo kita, so yelah, aku pun buat le watermarknya. APRIL LOVE COLLECTION. Amboinya..mak aku lah ni suruh tambah collection. Malu kitew taw. Hiks. Tapi nama April Love to mmng nama syarikat berdaftar aku pun. Annoying kan nama camgitu? I know….

Thursday, February 9, 2012

sebenarnya aku teringat arwah opah aku.
tp xtahu nk cerita kt siapa.

aku rasa opah aku tu nenek paling kuat dan paling terer.
umur dah nk 80 pon still boleh drive and pandai guna phone utk sms and pandai guna komputer utk bwt surat. tererkan. nk tergelak pulak bila tringt baca msg dari opah. shortform dia mmng terlampau sampai kene baca 2-3 kali baru paham. remaja betul personaliti. ahaks!

tringt lagi time study kat perak dulu. ada cousin aku kawen kat parit buntar je. aku jadi drebar opah. kononnya berazam xnak g mana2 lain selain wedding cousin aku. tgk2 menyongket sampai ke penang. opah aku lah tu! suka sgt dia kalau bab berjalan! haha!

mase dip dulu, aku slalu jgk lah g rumah opah. lepak2. every time aku dtng opah mesti nk special2 punyaa. tempoyak tak tinggal sbb opah tahu feveret aku tuh! tringt lah opah. opah ni mmng cool in her own way. and kelakah. tahu2 je lah org perak camnekan.

every raya pon opah akan jahitkan baju raya utk kteorg adik beradik. bukan sepasang je tau! tapi 2-3 pasang! kadang2 tak raya pon opah jahitkan aku baju kurung. siap delivery lagi tu ke uitm! hahaha! opah boring le tu kt rumah. kalau aku ada kain, aku hantar je kt opah jahitkan. upahnya tak mahal. KFC je. hahaha opah suka betol KFC! mase aku convo kt perak dulu, opah aku ikut. eksaited beno dia nk nengok aku naik pentas! haha!

opah mmng syg semua cucu2nya xde yang lebih xde yg kurang. i love the clicks we have at my kampung ipoh. even dengan second cousin pon still rapat antara satu sama lain. aku je lah yg kureng sikit kot..teehee.. keakraban opah ngan adik beradik dia (ngan opah wah, opah teh, mak su and acik nuar) mmng patut jadi contoh kepada kami ni yang lain.

kami semua mmng syg kan opah. tp kita terima hakikat yang opah tu pinjaman Allah je utk kita. sampai masa Allah akan ambik balik..

yaAllah..tempatkan lah arwah opah ku dalam kalangan org2 yg beriman....

Wednesday, November 16, 2011

kahwin awal

hai. umur saya 21 tahun. saya nak cakap pasal kahwin.LOL

tak serius..mmng nak ckp pasal kahwin.
hari tu masa g johor, ntah mcm mn malam tu ckp pasal kahwin.bersama kwn2 dan pensyarah.

aku mmng sentiasa akan cakap aku nak kahwin awal. sbb apa yg kita cakap tu adalah satu doa insyaAllah..apa salahnya kahwin awal? daripada keep on buat maksiat.kan? lagi pun rezeki akan lebih murah lepas kita kahwin.

and my dream wedding is to be married at masjid. seriously. aku nak akad nikah pagi tu, pastu terus buat makan2. aku tak nak wedding yg grand2 sgt nih. apa yg penting bg aku keberkatan dari Allah SWT. tp tu lah dia, kesian kt parent aku lah pulak nnt. nnt takut org kata apa pulak. biasalah melayu dan persepsinya. kawin tak grand, mesti dah kene 'tebuk'.. mcm *tuuut*..! lg pun aku anak sulung.....

tanggapan org skarang ni, kahwin ni menyusahkan, nk kene carik duit bnyk2..nk buat majlis grand2..tp perlu ke? kahwin ni sepatutnya bukan bnde yang menyusahkan kita. tp satu bnde yg memudahkn kita.

till then..salam!

Wednesday, October 26, 2011

1. jangan dengar sangat apa yg org lain sampaikan...terkadang tu, org lain tu interpret lain dr apa yg betul2 org sebenar tu nak maksudkan..

2. jangan mengharap kawan2 kita ni sempurna atau seperti apa yg kita harapkan.so jangan menghukum kawan anda atas kesalahannya yang dia sendiri tak tahu salah. get it?


Saturday, August 6, 2011

haih blog..
i have a strong feeling that the singapore trip tak jadi :( sorg pon tak eksited..aku sorg je syok sendiri..dan sentiasa aku sorg je yg beria nk pergi

i just hate the feeling..u know,, urgh bila diri sendiri sorg je yg eksited.. sigh

Friday, July 15, 2011

dentist

today i went to see the dentist.my mom asked me to go for checkup and she asked me to do scalling to unplug cavity on the teeth. seeing dentist scares me the most.! and i hate to nganga mulut for hours! jaw breaker dol!


the appointment should be at 11am.but the nurse had forgotten my appointment and had allowed someone else to meet the doctor before me..and i had to wait for one hour 34 minutes and 34 seconds to be exact! fuuuuu!! scalling is effing scary! i hate the chainsaw sound made by the tool!

and the good part is that, the doctor said i had took a good care of my teeth..(woaah!really?) she said that some of youngsters at my age had already suffered gigi berlubang.waa seramnya..

then lets flashback to the year 1997, when i was in standard 1. for your information i was the kind of kiddo yg lazy ass to brush my teeth..dulu..yelah mn tak..toothpaste yg ada d rumah hanya banana flavor. while i like stoberi flavor! semua nya gara2 my sister n brother like banana flavor more.bagi menjukkan protes, i dont brush my teeth! i even lied to my mom when she asked whether i've brushed my teeth or not..lolz..

dulu kt sekolah kan ada nurse2 dtng sekolah cek gigi.. nurse tu panggil 5 org -5org utk cek dulu..so for my class, i was considered as the first batch since my name starts with A..and my crush by that time as i can recall his name is ahmad syamil (or something)(gatal tak aku baru darjah satu dh ade crush2?lolz)(ahmad syamil ni x hensem pon..kepeng dan gelap je) was also in the first batch like me..hehehehe

nk di jadikan cerita, my turn utk di cek was before ahmad syamil ni.nurse tu cek punya cek, tahu tak apa nurse tu kata?? 'awak ni malas gosok gigi ye?' kuat pulak tu! habes ahmad syamil dengar! jatuh saham aku bhaaaaiiiiiiii! malu bukan kepalang lagi2 crush aku ade kt situ...fuuuuuuu!

ever since that, i brush my teeth everyday! and every night!
and ever since tu jgk aku dah no feeling kt ahmad syamil..malu punya pasal..lol

anyway thanks ahmad syamil sbb berjaya mengubah ku! lolz..



tak selamat

i hate using the lift when there is only me and a guy (unknown) inside.cuak dol! and i will make sure everything is secured and i will lean my body to the side so i can see the guy movement.and i will hold the car key as a weapon if he happens to do something to me.lol.

but as far, nothing happened. i had never stab anyone yet.but last week,i went to pkns.to make it short, i had used the lift.but this time, i was sehelai sepinggang.without my weapon or what. aaannddd i was inside the lift with a pakcik!. so i thought it would be safe laa..sekali pkck tu gatal!! eff!

our conversations:

pkcik: ada benang kt baju adik..

me: mana? *cuba buang*

pkck: niii kt belakang ni..belah sana..sini saya tunjuk

me: oh yeke..*mulai curiga ngan pkck ni**sambil cari2 benang tu padahal dlm hati cuak*

pkck: meh sini saya ambik kan..

me: *ni dah melampau!* ehh xpe sy blh ambil sendiri

pkck: kene bukak baju ni..

pintu lift terbukak!

me: *alhamdulillah!!!*

the actual conversation panjang lagi.imagine lah naik lift from ground floor to the third floor.cuak bhai.aku masih suci..

maybe his intention baik..but seriously a normal man would not tegur if he saw a tiny mini thread or something on an unknown person shirt..kan?

pervert!

Thursday, July 14, 2011

apa khabar?

it has been a year since i last update my blog.how r u darling? (i mean to my blog)

so i have done my lab work! yahoo! but yet i still have to do compression test on the concrete samples.but still the work is not as heavy as casting.with all the back ache segala.! fuuuu! i spent almost 2 months doing lab work.sad.no social life and all.hahah.(by social life i mean sitting infront of the laptop and scrolling)

so nk jd kan cerita, apparently, a friend of mine called me to do her a favor. it sounds like this 'jijah, i dont have friends to help me cast the concrete.would you mind helping me out?pleaaassse jijah yg comelllll'...so as a really good friend i say 'okay insyAllah..' but the truth inside i was like 'HELL NO!! what do you expect? i've spent my entire fun life doing this effing lab work! now u ask me to help you out on this concreting thang? seriously? i'm done with this effing concrete after i finished mine! i've been waiting for my real holiday for so long.' haha selfish habes. tapi yelah 2bulan ngadap bnde2 yg nyakitkan pinggang..of course i need my off day too! but then, i felt so bad for her since she's kinda good friend to me :( so akan tolong jugak..hehe

dah lah..stress aku cerita pasal lab ni