assalamualaikum wrt!
straight to the point je lah ye.
aku dan suami aku g jepun 4-14 October 2013 lepas.
(dah basi kan? i know...tapi xpe lah..nk tulis gak sbgi kenang kenangan.. ahaks)
org baru kahwin..honeymoon letuw
hehe.
pengalaman yg sangat menarik i have to say!
sangat bertamadun org dorg!
just imagine, org dorg (org yg jalan kaki) wont cross the road selagi lampu isyarat tak tukar hijau walaupun xde kereta pun lalu time tu! huyoo..nagis kteorg tgk..termalu pun ada jugak sbb kteorg ni main lintas je jalan kalau xde kreta..ahaks.
negara dorg sgt bersih jugak though it is hard to find bin around the area. hua nangis jugak..negara dorg sgt friendly tourist. pamphlet merata-rata and org dorg sgt friendly and berkobar-kobar nk tolong if kita tnya pape.
dan dan, public toilet dorg juga turut di lengkapi dengat bidet! yg air keluar kot bawah tu tapi controllable tu.. huaa nagis lagi! (tapi ada je tempat toilet xde air..choi)
so, kteorg spent 10 days kat Jepun
day 1-3: kat Tokyo
day 4-6: kat Osaka
day 7-8: kat Kyoto
day 9-10: kat Tokyo balik
Tokyo ni mcm bandar. eh bukan macam..tapi memang bandar. lulz. tapi banyak high rise building lah. aku suggest lah, kalau korg betul nak g jepun, better g osaka dan kyoto extra days sikit..kat tokyo tu 2 hari pun cukup lah..sbb mcm xde pape sgt. osaka dan kyoto ni pulak mmng bnyk gils tmpt cam best! bnyk temple2..
ye lah, kalau nak tgk high rise building je, kat m'sia pun banyak an..teehee
xpe lah, aku cite je lah apa yg ada kat setiap tempat ni ye
TOKYO
tokyo ni ada lah ibu negeri jepun. so faham2 je lah kemajuan dorg camne kan. antara tempat yang kteorg g kat Tokyo ni ada lah Shinjuku, Shibuya, Odaiba, Ueno park, Disneysea.
ni gambar ni dekat shinjuku. orang ramai gila kat sini!. sekali melintas jalan, berpusu-pusu org! wajib lawat! org dorg ni prefer jalan kaki/naik beskal. and boleh nmpk lah ramai lelaki yang pakai baju kerja siap pakai blazer berjalan-jalan.
gambar atas ni pula dekat yodobashi yanf terletak di Akihabara.
yodobashi ni ada banyak outlet dia. kat osaka pun ada.
yodobashi ni memang sorgaa utk gamers, photographer, anime lover, dan semua bnde electrical boleh beli sini. besar gils tempat ni! suami sy suka gila!
ni pulak dekat Shibuya, shibuya ni pulak ada tugu anjing paling femes kat jepun tu. nama anjing tu hachiko. hachiko ni sgt loyal dgn tuan dia, sampai tuan dia dah mati pun hachiko still lagi tunggu tuan dia balik..huaa cryyyy.. tapi shibuya pun sibuk gini lah. oh ya, shibuya ni dekat2 dengan harajuku. tmpt dimana anda akan dpt tgk org dress up pepelik..ptng2 sikit, ramai lah tu keluar..
kami jugak g tokyo tower and tokyo sky tree..tapi gambar xde sbb time tu memory card camera rosakkkk sobs.
dan odaiba pun tmpt wajib lawat kat Tokyo ni. sbb kat sini lah ada gundam besar gabak tu! (alamak gambar nnt upload ek..hee) and and, kat sini jugak ada Joypolis! joypolis ni mcm arcade lah..tapi jauh lagi best..suami saya paling suka g joypolis ni..lagi best dr disneysea baginya!
OSAKA
osaka ni best sbb kita boleh beli two days unlimited pass dia. harga dia 2,700 yen shja tapi kita boleh naik tren secara percuma utk dua hari kemana-mana sahaja! plus, dia siap bagi kupon utk melawat more than 20 places! kami pun sempat lawat dlm 7 trmpat je..eh ke kurang?
ni ferris wheel yg ada kat osaka. kami sempat lah naik dua-dua.. padahalnya nak naik satu je..tapi ada masa lapang pulak hehe. best lah sbb boleh tgk view bandar osaka ni
mcm yang dah mention tadi lah. jepun ni banyak temple. ni antara temple yang kteorg pergi.
bukan sbb apa pun, sbb bangunan dia sgt melambangkan jepun. rugi lah kalau tak bergambar kan!
ni best, ktoerg g ke museum of house and living. boleh sewa yukata/kimono! awhhh!
ni yg paling best pasal jepun, swiss roll dia omaigadddddd heaven!!!
boleh ngigau kalau teringt balik bnde ni...sedapnya yaAllah!
tapi tahan sehari je..lulz. and cream puff dia pun heaven!!
Osaka ni actually banyak gilak tmpt best2! tapi aku ni, biasa lah, malas pulak nak carik balik nama tmpt2 tu..hee...
KYOTO
ini memang tempat wajib lawat. ni serius.
mohon lawat extra hari kat sini
trains kat sini tak berapa nak maju. so nak kemana semua kene naik bas. but bas dorg sgt efficient.
kat sini kteorg pergi Ginkakuji temple, Kinkakuji Temple, Arashiyama, bamboo groove dan fushimi inari shrine
haa ni yg atas Kinkakuji (golden) yang bawah Ginkakuji (Silver)
yang gold tu lawo yg ametttt! mata aku tgk pun dah bling bling ching!
ni kalau kat m'sia ada ni, mahu dah kene rompak ni bangunan ni.
lagi satu temple dorg ni, mesti akan dikelilingi dengan garden yg cantik!
pokok sakura like everywhereeeee! kalau datang masa time bunga dia tu sure lawa!
ni dekat depan pintu Alamanda Putrajaya.....
no lah just kidding!
Ni lah bamboo groove tu yg terletak di Arashiyama.
serius lawa gila tempat ni
Arashiyama ni ada mcm2 tmpt best boleh lawat!
Ni fushimi inari shrine..sini yang outstanding nya sbb ada tiang2 merah ni!
serius lawar gilak! tmpt ni besar gila, tapi kami tak mampu nak jalan jauh2 sbb kene heret beg beso dah time ni..lagi pun nk kene sesiap utk balik ke Tokyo.
tapi meme rugi lah siapa g Jepun tak pergi sini!
dah, aku ni dah malas nk naip. biasalah aku ni..mula2 je hangat2 tahi ciken.
tapi aku harap sangat rakyat m'sia ni ramai2 dapat g Jepun. tgk mcm mn org dorg..bukan nk ckp apa lah..tp org dorg sgt civilized..!
sampai sini saja ye..salam.......
bye nk tidoq!
No comments:
Post a Comment